Jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) untuk kekal berada pada landasan pengetatan dasar monetari telah memberi kesan penyusutan nilai yang berterusan terhadap emas.
Emas telah mengalami penurunan untuk 3 minggu berturut-turut di mana penurunan berterusan sehingga ke penghujung minggu ini.
Setelah data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kukuh, Fed dilihat mengalami kesukaran untuk meneruskan langkah memperlahankan dasar dan ini membuatkan US dolar bertambah kukuh semula sementara emas pula tertekan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga terus dipacu rendah sehingga hari ini (Jumaat) menyaksikan paras sokongan 1830.00 telah berjaya ditembusi.
Setakat dagangan sesi Eropah, harga telah susut ke sekitar 1820.00 dan berkemungkinan boleh jatuh lebih rendah pada sesi terakhir.
Harga kekal bergerak dalam trend bearish dengan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang menghalang kenaikan harga emas.
Untuk jangkaan penurunan lanjut, harga emas dijangka akan susut mencecah sekitar 1800.00 pula selepas berjaya tembus 1830.00 sebentar tadi.
Penurunan yang diteruskan akan terus catatkan paras terendah terbaru 7 minggu buat emas.
Namun jika lonjakan dipaparkan pada penutup dagangan minggu ini, pelabur akan waspada menyaksikan sama ada harga mampu tembusi paras 1830.00 dan halangan MA50 semula.
Bakal memberi isyarat awal pergerakan bullish, harga emas boleh membuat kenaikan menuju semula paras rintangan sebelum ini iaitu pada 1870.00.
Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG