Jelas penurunan nilai berlaku pada dagangan emas semalam yang susut lebih rendah di bawah paras harga $2,000 susulan pengukuhan oleh US dolar.
Beberapa faktor dinilai sedang memberi sokongan terhadap US dolar dan pada waktu yang sama telah menekan harga emas semakin jatuh.
Selain hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) yang meningkat semula, data jualan runcit AS diterbitkan di sesi New York semalam mencatatkan peningkatan bulanan yang positif pada April.
Selain itu juga, US dolar mendapat sokongan daripada kenyataan bernada hawkish oleh beberapa Presiden Federal Reserve (Fed) yang berpandangan bahawa langkah pengetatan dasar masih perlu diteruskan lagi.
Pengukuhan jelas US dolar di sesi New York telah mengheret harga emas jatuh ke paras terendah terbaru 2 minggu.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang menjunam menembusi paras 2000.00 telah mencecah sekitar 1986.00.
Pelabur pada sesi sebelumnya lagi telah bersedia dengan isyarat bearish apabila harga mula bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga yang bersambung pada hari ini (Rabu) perlahan sekitar 1990.00 di sesi Asia hingga ke sesi Eropah.
Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan pada sesi berikutnya menuju sekitar 1970.00 dahulu yang telah menjadi zon sokongan harga pada dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.
Jika penurunan diteruskan, harga dilihat akan singgah ke zon tumpuan 1950.00 dan reaksi harga pada zon tersebut akan diberikan perhatian oleh pelabur untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Sementara, jika lonjakan harga berlaku semula melepasi paras 2000.00, halangan MA50 juga dilihat akan ditembusi sekaligus mencetus jangkaan untuk perubahan bagi arah harga semula.
Seterusnya kenaikan bakal diteruskan ke zon 2030.00 sebelum harga mencapai ke paras 2050.00 yang hampir disentuh minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG