Walaupun sedikit melantun naik, namun pelabur emas masih belum lega melihat pergerakan harga logam kuning itu yang jatuh merudum pada dagangan minggu ini.
Tekanan pengukuhan US dolar sejak awal minggu telah membenam harga lebih dalam selepas susut di bawah paras $1,900.
Walaupun corak pergerakan US dolar berubah pada Khamis semalam, namun harga emas tetap tidak berhenti mengalami penurunan lebih rendah.
Namun, momentum pengukuhan US dolar sebelum ini yang mula suram menuju ke penghujung minggu semakin memperlahankan kejatuhan harga emas.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, penurunan dilihat berterusan dari awal minggu sehingga ke sesi New York semalam.
Selepas melepasi paras penting pada 1900.00 dan 1885.00, harga telah menjunam hingga sekitar 1858.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan buat emas.
Corak kenaikan harga mula dipaparkan kembali hari ini (Jumaat), namun harga masih berisiko untuk alami kejatuhan.
Kenaikan harga dilihat cuba untuk kekal di atas paras 1870.00 yang berjaya dilepasi semula namun masih berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sekiranya halangan itu gagal ditembusi, kebarangkalian adalah untuk harga kembali meneruskan penurunan semula.
Paras 1855.00 dilihat bakal menjadi paras penting untuk diuji atau berkemungkinan akan menjadi support terbaru buat harga emas.
Sebaliknya jika harga berjaya tembusi halangan MA50, paras 1885.00 dilihat sebagai rintangan awal untuk diuji sebelum kenaikan diteruskan ke paras penting 1900.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG