Pergerakan harga emas pada dagangan Selasa semalam dilihat perlahan namun masih menunjukkan corak kenaikan yang bersambung dari awal minggu.
Pergerakan perlahan sememangnya dijangkakan penganalisis, namun situasi akan bertukar rancak pada sesi New York malam ini dengan terbitan data inflasi (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi indikator penting buat Federal Reserve (Fed) menetapkan dasar monetari.
Penyusutan lanjut US dolar bakal mendorong lonjakan pada harga emas akan berlaku selepas emas berjaya memecah rekod harga tertinggi sepanjang masa minggu lalu.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur telah menyaksikan rekod tertinggi terbaru dicapai sekitar ketinggian 2080.00, sebelum harga menjunam semula ke paras 2000.00.
Bersambung pada dagangan awal minggu ini, harga berlegar-legar pada zon 2030.00 yang sebelum ini turut menjadi zon tumpuan buat harga.
Pergerakan harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD boleh menjadi indikasi awal untuk pergerakan bullish, namun pelabur akan menentukan arah selanjutnya selepas data CPI diterbitkan.
Sekiranya lonjakan berjaya dipamerkan, paras 2050.00 dilihat akan menjadi sasaran awal untuk dicapai sebelum kenaikan lebih tinggi cuba diteruskan.
Tidak mustahil kesan data CPI boleh mendorong harga emas memecah rekod ketinggian terbaru lagi.
Namun, waspada jika harga menjunam ke bawah memberi petunjuk pergerakan bearish harga untuk bermula semula.
Paras 2000.00 menjadi tumpuan untuk diuji setelah minggu lalu berjaya melantunkan harga naik semula.
Tembus lebih rendah melepasi paras penting ini akan menjangkakan kejatuhan lebih parah buat emas dan pelabur boleh bersedia untuk melihat harga susut hingga ke sekitar 1950.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG