Sebagai negara yang sangat bergantung kepada ekonomi China, Australia menyatakan kebimbangan terhadap tanda-tanda kelemahan yang dipaparkan ekonomi gergasi kedua dunia itu.
Menteri Kewangan Australia, Jim Chalmers mengatakan bahawa kerajaan kini memantau dengan lebih dekat keadaan ekonomi di China yang dikhuatiri akan menjejaskan negaranya.
Ujarnya, pertumbuhan di negara ini akan menjadi lebih lemah disebabkan kelembapan China dan kadar faedah Australia yang meningkat tinggi.
Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar tidak berubah pada Ogos untuk bulan kedua berturut-turut selepas menaikkannya selama 16 bulan untuk mengekang inflasi.
Ekonomi China telah memaparkan kelemahan yang berterusan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan ia boleh memberi implikasi yang jelas terhadap Australia.
Pemulihan negara itu telah terbantut berikutan krisis dalam sektor hartanah yang semakin teruk, perbelanjaan pengguna yang lemah dan pertumbuhan kredit merudum.
Seperti Malaysia, Beijing adalah rakan dagangan utama untuk pengeksport bahan mentah Australia, dengan perdagangan tahunan sebanyak AS$285 bilion.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.