“Wow adakah bekas pegawai White House pun dah berminat dengan Ripple?
Lauren Belive, bekas pegawai Pejabat Hal Ehwal Perundangan White House dan pengarah dasar Jawatankuasa Peraturan Dewan Amerika Syarikat (AS) telah menyertai firma Ripple sebagai ketua dasar awam serta kerajaan AS.
Belive yang sebelum ini bekerja di Softbank Group, Zoom dan Lyft susulan mempunyai pengalaman dalam kerajaan telah menerima jawatan dasar di Ripple untuk mengetuai penglibatan di Washington termasuk seluruh AS.
Susulan landskap kawal selia semakin berkembang, Belive bukan sahaja berhasrat memberi sokongan kepada pasaran mata wang kripto malah manfaat kepada perniagaan yang kian berminat untuk menawarkan perkhidmatan aset digital.
Perkembangan baharu oleh Belive tersebut telah dilakukan semasa tuntutan mahkamah antara Ripple dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) masih berlaku.
Walaupun kes masih sedang berjalan, Hakim Analisa Torres pada Julai 2023 telah memutuskan bahawa token XRP yang diasaskan oleh Ripple bukanlah sekuriti.
Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 0.46% pada paras $0.49 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $26 bilion seterusnya merekodkan penurunan 3.03% sepanjang minggu lepas.
Pada sisi berbeza, beberapa rangka undang-undang kripto yang menunggu undian di Dewan Perwakilan boleh ditangguhkan jika ahli Kongres tidak dapat datang dalam tempoh seminggu susulan berselisih dengan perbelanjaan bil yang bertujuan untuk mengelakkan government shutdown.