Usaha China untuk menjadi perantara perjanjian damai antara Ukraine dan Rusia dipergiatkan lagi pada minggu ini, dengan utusan khas Beijing akan melawat kedua-dua negara dalam misi damai.
Kementerian Luar China memberitahu pada hari Jumaat, bahawa wakil khas Beijing mengenai hal ehwal Eurasia, Li Hui sedang mengadakan lawatan ke Eropah untuk rundingan mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine.
Difahamkan, utusan itu seterusnya akan ke Ukraine, Rusia, Poland, Perancis dan Jerman untuk perbincangan mengenai penyelesaian politik krisis di Kyiv.
Meskipun begitu, terdapat keraguan terhadap keupayaan China untuk mengurus dan menyelesaikan konflik tersebut yang dilihat semakin rumit.
Penganalisis politik dan pemerhati China berpendapat bahawa Beijing tidak peduli siapa yang menang perang atau apa bentuk perjanjian damai.
Apa yang penting baginya adalah kejayaannya untuk menjadi rakan kongsi antarabangsa yang membawa Rusia dan Ukraine ke meja rundingan dan sebagai perantaraan untuk menamatkan perang.
Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI