Pasaran hadapan ekuiti AS merosot pada hari Jumaat berikutan para ‘trader’ sedang menunggu laporan pekerjaan AS yang penting untuk mendapatkan lebih banyak bukti sama ada pasaran buruh sedang perlahan dengan cepat sehingga Federal Reserve boleh mengurangkan kadar faedah atau tidak.
Kontrak hadapan untuk kedua-dua indeks S&P 500 dan Nasdaq 100 jatuh ke dalam zon merah selepas keghairahan terhadap kecerdasan buatan dan prospek Teknologi menjadi pemangkin utama kepada 2 indeks tersebut dengan mengangkat kedua-dua rujukan itu sebanyak 0.8% dan 1.5% masing-masing pada hari Khamis.
Laporan gaji bukan pertanian hari Jumaat ini adalah penting bagi pemain pasaran untuk menilai sama ada kebarangkalian pengurangan kadar faedah adalah mungkin atau masih jauh. Berdasarkan tanda-tanda bahawa inflasi dan pertumbuhan upah sedang reda, pemain pasarn telah menjangkakan bahawa pengurangan faedah sekurang-kurangnya 1.25 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang. Itu lebih dari dua kali ganda daripada apa yang dinilai oleh penggubal the Fed sendiri. Fed juga ada memberi isyarat bahawa mereka mungkin telah selesai menaikkan kadar,dan dalam masa yang sama menekankan sebarang perbincangan tentang pengurangan adalah terlalu cepat untuk masa ini.
Bilangan pekerjaan kemungkinan catat peningkatan sebanyak 183,000 untuk bulan lalu, selepas meningkat 150,000 pada Oktober, manakala kadar pengangguran kekal stabil pada 3.9%.
Dalam perdagangan mata wang, US dolar didagangkan bercampur berbanding mata wang utama. Yen membatalkan peningkatan yang membawanya ke tahap terkuat sejak Ogos atas spekulasi bahawa Bank of Japan akan mula meningkatkan kadar rujukan negatifnya tidak lama lagi.