Logam kuning emas terus menyaksikan penjualan selepas pembuat dasar Federal Reserve (Fed) terus menyokong untuk pengetatan dasar selanjutnya.
Ini diperlihatkan pada penurunan harga emas ke paras terendah hampir satu bulan pada $1,900 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,918 per auns.
Terbaharu, pada Selasa, Presiden Federal Reserve (Fed) Minneapolis, Neel Kashkari berkata terdapat besar kemungkinan bahawa kadar faedah perlu bergerak lebih tinggi dengan ketara untuk menurunkan inflasi.
Ia secara tidak langsung menandakan bahawa kadar boleh meningkat lebih tinggi pada tahun depan di tengah-tengah ekonomi Amerika Syarikat yang berdaya tahan.
Jangkaan itu sekali gus menyokong hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk kekal tinggi pada paras terkuat 16 tahun dan US dolar melanjutkan pengukuhan lebih jauh ke paras tertinggi terbaru 10 bulan berbanding mata wang utama.
Melangkah ke hadapan, pelabur akan memberi tumpuan kepada data pesanan barangan tahan lama AS pada hari Rabu yang bakal memberi panduan tentang kesihatan sektor pembuatan negara.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.