Emas kurang terkesan dengan pengukuhan yang dipaparkan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun, menyaksikannya kekal stabil pada dagangan awal minggu (Isnin).
Logam kuning itu pada mulanya susut rendah ke sekitar $1,935 pada hari Jumaat berikutan lonjakan US dolar dan hasil bon selepas data NFP Amerika Syarikat dikeluarkan.
Namun, logam kuning itu kembali pulih untuk didagangkan stabil pada $1,945 per auns ketika sesi Asia.
Pun begitu, masih terlalu awal untuk menentukan pergerakan emas memandangkan pergerakan pasaran hari ini dijangka perlahan susulan cuti di AS dan Kanada.
Mata wang gergasi itu melonjak ketara walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan menyuramkan dalam data pekerjaan NFP pada bulan Ogos.
Walaupun pertambahan pekerjaan lebih baik daripada jangkaan, namun kadar pengangguran meningkat tinggi kepada 3.8% dan pertumbuhan pendapatan juga melemah.
Malah, angka pekerjaan yang disemak semula untuk bulan Jun dan Julai juga menunjukkan penurunan, menandakan kelemahan dalam pasaran buruh di Amerika.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.