Harga emas sedikit susut pada sesi Asia ketika pelabur menantikan pemangkin seterusnya untuk menggerakkan logam kuning itu.
Walaupun merosot, tetapi emas masih tidak jauh daripada paras tertinggi yang dicapainya minggu lalu dengan didagangkan pada sekitar harga $1,935 per auns ketika penulisan.
Pergerakan pasaran kekal perlahan pada awal minggu susulan penutupan pasaran di Amerika Syarikat sempena cuti Labor Day.
Namun begitu, dagangan US dolar yang lebih kukuh membantutkan pergerakan harga emas daripada bergerak lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, logam kuning kekal berlegar dalam julat harga $1,935 hingga $1,950 per auns.
Pelabur akan melihat data-data utama yang akan diterbitkan minggu ini yang mungkin menawarkan pergerakan lebih agresif dalam pasaran.
Dalam pada itu, ketidakpastian mengenai langkah Federal Reserve (Fed) seterusnya dan keyakinan yang kurang terhadap usaha China untuk mempertahankan ekonomi kedua terbesar dunia itu turut dilihat membebankan dagangan emas.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.