Harga emas akhirnya menembusi lantai $1,900 selepas berulang kali ditekan oleh US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih kuat.
Pada sesi Asia, logam kuning itu melemah pada paras terendah lima bulan pada $1,890 per auns, mankala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,922 per auns.
Minit terbaru dari mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada Julai menunjukkan kebanyakan pembuat dasar masih berpegang pada pendirian untuk menurunkan inflasi.
Sementara terdapat beberapa pembuat dasar Fed yang menyatakan risiko terhadap ekonomi kerana menaikkan kadar faedah lebih tinggi.
Bagaimanapun, keputusan akhir menyaksikan bank pusat itu meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada julat sasaran 5.25%-5.50%.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak ke paras tertinggi terbaru sejak Oktober 2022, sekali gus menyokong pengukuhan US dolar lebih jauh ke paras terkuat dua bulan.
Ini menyebabkan dagangan emas terus menerima tekanan untuk jatuh lebih rendah ke bawah.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.