US dolar memulakan dagangan dengan positif pada awal minggu menyaksikan pengukuhan cuba dipamerkan sehingga ke sesi Eropah semalam.
Namun, berbeza situasi pada sesi New York apabila raja mata wang itu kembali bergerak susut semula sehingga ke penghujung sesi ditutup.
Mata wang utama seperti Euro dilihat mengambil peluang untuk meningkat bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini, namun risiko yang melanda pasaran masih membuatkan pelabur berwaspada.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu semalam, harga dibuka lebih rendah di sesi Asia susulan tempias konflik perang Palestin-Israel yang tercetus pada hujung minggu.
Harga dibuka sekitar 1.05500 sedikit meningkat di sesi Asia sebelum penurunan di sesi Eropah mencecah 1.05200.
Gagal menuju paras tumpuan pada 1.05000, harga melantun naik semula di sesi berikutnya ke paras sekitar 1.05700.
Pergerakan harga perlahan di sekitar tersebut bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), namun harga dilihat berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk kemungkinan awal pergerakan bullish.
Jika harga menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi, paras rintangan pada 1.06000 yang dicapai pada Jumaat lalu ketika lonjakan reaksi data NFP.
Sekiranya rintangan tersebut berjaya ditembusi, pergerakan trend bullish akan diteruskan menuju sasaran berikutnya pada 1.07000.
Sebaliknya jika harga susut di bawah paras sokongan MA50 akan memberi amaran penurunan harga semula kepada pelabur.
Penurunan bakal menguji paras 1.05000 yang turut menjadi support pada dagangan minggu lalu dengan jangkaan bakal ada reaksi penting harga.
Jika tembus lebih rendah, paras sokongan lebih rendah pada minggu sebelum ini sekitar 1.04500 yang menjadi rekod terendah harga untuk tahun ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG