Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam telah memaparkan corak yang bercampur ketika menutup tirai dagangan Februari.
Pada mulanya harga menyambung corak kenaikan seperti awal minggu dengan lonjakan lebih 100 pips mencapai ketinggian 1.21400, kembali menguji semula rintangan pada minggu lalu itu.
Seperti yang dijangkakan sebelumnya, mata wang Pound disokong oleh perkembangan positif berkenaan perjanjian Brexit melibatkan protokol Ireland Utara.
Namun, momentum pengukuhan Pound terbantut apabila US dolar kembali paparkan semula pengukuhannya ketika dagangan menuju penghujung sesi New York.
Oleh itu, harga telah terjun dari ketinggian 1.21400 yang telah dicapai sehingga ke paras 1.20200, sekitar 120 pips penurunan dicatatkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-kuat-lagi#t=0:00
Harga perlahan menyambung dagangan ke pembukaan sesi Asia pagi Rabu ini dan mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menjadi isyarat awal pergerakan bearish.
Penurunan lebih lanjut akan dijangkakan untuk menembusi zon 1.2000 sebelum menuju zon sokongan harga sekitar 1.19000.
Berkemungkinan penurunan lebih rendah boleh berlaku menuju penghujung minggu ini untuk harga catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Namun, tidak mustahil untuk lonjakan bersambung lagi hari ini sekiranya US dolar gagal mengekalkan dominasi ke atas Pound.
Harga boleh melonjak semula melepasi paras 1.21000 dahulu sebelum sekali lagi menguji rintangan 1.21400 yang masih menghalang harga sejak minggu sebelum ini.
Melepasi halangan tersebut akan mendorong harga menuju ke paras 1.22000 atau terus memburu paras ketinggian terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG