Perkembangan positif isu Brexit di awal minggu dilihat tidak lagi memberi suntikan kepada Pound untuk mengukuh.
Malah, US dolar yang telah kembali mengukuh semula pada dagangan Khamis semalam semakin mendorong kejatuhan harga berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Sebelum ini, sentimen pasaran risk-on dengan jangkaan pemulihan ekonomi China memberi kesan penyusutan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Namun Pound gagal memanfaatkan peluang dengan mempamerkan prestasi suram.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-pertahan-pengukuhan-33
Pada carta GBP/USD di timeframe 1 jam, harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk meneruskan pergerakan bearish.
Penurunan harga mencecah 1.19300 pada sesi New York semalam namun sedikit melantun dari zon support tersebut untuk meningkat menyambung dagangan ke pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Harga perlahan berlegar sekitar 1.19700 dengan jangkaan penurunan lebih rendah boleh berlaku lagi hari ini.
Zon support 1.19000 akan terus menjadi tumpuan untuk diuji jika penurunan harga berlaku, dan jika harga berjaya tembus lebih rendah, paras 1.18800 pula akan cuba untuk dilepasi.
Harga boleh mencecah hingga ke sasaran zon support pada 1.18000 jika US dolar terus mengekalkan pengukuhannya.
Namun, jika situasi berubah di penghujung minggu dengan memaparkan kenaikan semula, rintangan awal akan diuji adalah pada zon 1.20000.
Selepas meningkat lebih tinggi, harga dilihat akan kembali menuju ke paras 1.21000 atau rintangan 1.21400 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG