Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pamerkan lonjakan di awal minggu mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu, mengekalkan corak pergerakan bullish.
Pound cemerlang mengukuh semalam, namun pelabur akan kembali berhati-hati menjelang mesyuarat bank pusat England (BOE) pada Khamis.
Mesyuarat FOMC juga sedang dinantikan pasaran pada awal pagi Khamis nanti sementara pelabur menyaksikan US dolar terkulai layu memulakan dagangan awal minggu ini.
Krisis perbankan global masih diberikan perhatian dalam pasaran yang dilihat menjadi faktor mengganggu arah pergerakan pasaran.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-lemah-gold-2000#t=0:00
Memerhatikan carta GBP/USD semalam, harga pada mulanya berlegar perlahan di zon rintangan 1.22000 sebelum akhirnya berjaya melonjak menembusinya.
Harga berjaya capai ketinggian terbaru sekitar 1.22800 sebelum mendatar di sekitar tersebut hingga penghujung sesi New York.
Setelah pamerkan corak kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut dan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, kenaikan lebih tinggi harga bakal dijangkakan.
Rintangan seterusnya pada 1.23000 dilihat akan menjadi tumpuan untuk ditembusi sebelum harga melanjutkan pendakian seterusnya untuk catatan ketinggian terbaru lagi.
Namun jika berlaku penurunan harga semula, paras 1.22000 yang berada pada zon RBS (resistance become support) bakal memberi reaksi yang menarik buat harga.
Jika tembus lebih rendah dan harga juga melepasi sokongan MA50, penurunan dijangka akan diteruskan dengan sasaran menuju ke sekitar 1.21000 terlebih dahulu sebelum mencecah semula zon tumpuan 1.20000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG