Keraguan pelabur selepas laporan kewangan yang menyuramkan telah menolak saham Farm Fresh Bhd lebih rendah di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.35.
Setakat jam 12 tengah hari, saham Farm Fresh jatuh 13.45% untuk didagangkan pada RM1.03 dengan volum dagangan berjumlah RM31.07 juta selepas penyusutan berterusan sejak hari Jumaat.
Harganya sempat susut di bawah RM1.00 seketika buat pertama kali sebelum melantun semula.
Pelabur tampaknya masih kurang yakin dengan syarikat itu, susulan kemerosotan 73% keuntungan bersihnya pada tahun kewangan 2023 daripada RM79.89 juta kepada RM50.08 juta.
Ia berlaku susulan peningkatan dalam kos input, termasuk bahan mentah tenusu utama, kos buruh, pertanian dan tenaga yang tinggi.
Farm Fresh Bhd mula membuat penampilan pertamanya di Bursa Malaysia dengan prestasi cemerlang yang mengangkat harganya hingga RM1.86 dari IPOnya RM1.35.