Susulan penyusutan nilai US dolar yang dipaparkan pada pembukaan dagangan awal minggu semalam, dolar Australia sedikit lega daripada terus mengalami kejatuhan selepas tekanan minggu lalu.
Namun, kelegaan hanya sementara apabila mata wang tersebut kembali didagangkan lemah semula pada sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pelabur Aussie dilihat mengambil langkah berjaga-jaga menjelang terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Australia pada esok (Rabu) untuk menilai tahap inflasi semasa negara itu.
Data ini bakal mempengaruhi keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang berikutnya selepas mesyuarat di awal April lalu menyaksikan bank pusat mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 3.60%.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga berlegar lemah di bawah paras 0.67000 di awal minggu.
Selepas peningkatan perlahan dipaparkan, harga yang menyentuh paras 0.67000 tersebut kembali melantun turun semula pada sesi Asia pagi ini.
Pergerakan harga yang juga kembali berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu turut menambah isyarat untuk corak bearish buat harga.
Penurunan lebih rendah jika berlaku dijangka akan menuju ke sekitar 0.66500 sebelum menghampiri zon support pada dagangan Mac sekitar 0.65500.
Namun jika pergerakan harga lebih dipacu oleh faktor penyusutan US dolar, harga masih berpotensi untuk mempamerkan lonjakan pada minggu ini.
Untuk jangkaan kenaikan harga pula, melepasi halangan pada 0.67000 akan mendorong harga menguji zon ketinggian dicapai minggu lalu pada 0.67700.
Seterusnya, selepas isyarat bertukar lebih bullish, harga bakal menuju ke paras ketinggian terbaru dengan jangkaan untuk melepasi paras 0.68000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG