Terbaru para pemain pasaran telah disajikan data PPI yang menjadi salah satu ukuran inflasi. Data PPI pada bulan September menunjukkan PPI AS menyaksikan lonjakan bulan ke bulan sebanyak 0.5% pada bulan September, meningkat daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.3%.
Susulan daripada data tersebut dikeluarkan, Indeks US dolar telah didagangkan susut dan kini sebanyak 0.08% kepada paras dagangan 105.475. Berdasarkan Alat CME FedWatch, pasaran kini menjangkakan kebarangkalian 84.2% untuk menghentikan kenaikan kadar dasar pada akhir tahun. Walau bagaimanapun, komen terbaru daripada pegawai Fed mencadangkan bahawa Fed mungkin mengumumkan kenaikan lain pada akhir tahun 2023.
Disis lain, pasaran kripto telah meneruskan momentum kemerosotan berikutan data PPI. Dalam masa yang sama turut dihimpit kebimbangan konflik Israel-Hamas. Perkara-perkara ini mengheret kepada kebimbangan pasaran terhadap harga minyak. Inflasi, yang sudah lebih tinggi daripada paras sasaran Fed, turut boleh terus menaik disebabkan kegawatan geopolitik yang berterusan.
Harga Bitcoin telah menurun sebanyak 1.45% kepada $27,102. Sebaliknya, harga Ethereum menjunam 0.70% kepada $1,570.39 pada masa yang sama. Antara kripto lain, harga XRP turun 2.04% kepada $0.4871. Beberapa kripto alternatif juga mengalami nasib yang sama.
Para pelabur kini memberi tumpuan pada data CPI yang akan dikeluarkan pada Khamis, 12 Oktober. Kedua-dua data CPI dan PPI ini merupakan petunjuk ekonomi penting, yang mungkin menetapkan peringkat untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang akan datang dijadualkan pada 31 Oktober hingga 1 November.