Inflasi UK terus menunjukkan tanda-tanda mereda pada bulan Julai yang didorong oleh kejatuhan harga gas dan elektrik.
Data terbaru dari Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan bahawa indeks harga pengguna (CPI) UK meningkat 6.8% tahun ke tahun pada Julai, turun daripada 7.9% yang direkodkan pada Jun.
Walau bagaimanapun, angka yang dicatatkan sedikit lebih tinggi daripada jangkaan pasaran untuk meningkat kepada 6.7%.
Ini mendorong mata wang pound sedikit melonjak kepada 1.2750 berbanding dolar greenback.
Sementara inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) pula meningkat 6.9% tahun ke tahun pada bulan lepas, tidak berubah daripada kenaikan pada Jun dan sedikit tinggi daripada unjuran 6.8%.
Antara faktor yang mendorong penyusutan itu adalah kejatuhan harga gas dan elektrik, selain turut disusuli oleh inflasi harga makanan yang berkurangan.
Dalam pada itu, Canselor Jeremy Hunt berkata angka Julai mengenai kos sara hidup menunjukkan tindakan yang diambil kerajaan ‘berhasil’.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.