Inflasi di U.K. sebagaimana yang telah dimaklumi telah turun lebih dari yang dijangka pada bulan November, dengan mencatat bacaan 3.9%, merupakan bacaan tahunan terendah sejak September 2021.
Pakar ekonomi yang ditemubual oleh Reuters malah menjangkakan penurunan yang sedikit dalam indeks harga pengguna utama menjadi 4.4%, setelah bacaan tahunan pada Oktober sebanyak 4.6%. Pada kiraan bulanan, CPI utama turun sebanyak 0.2%, berbanding ramalan konsensus yang sasarkan kenaikan sebanyak 0.1%. CPI teras yang mengecualikan harga makanan, tenaga, alkohol, dan tembakau yang tidak stabil mencatatkan bacaan tahunan sebanyak 5.1%, jauh di bawah ramalan 5.6%.
Penurunan yang mengejutkan ini menimbulkan peningkatan dalam taruhan bahawa Bank of England akan mengurangkan kadar faedah pada tahun 2024, yang tercermin dalam penurunan mendadak dalam hasil bon British.
Hasil bon Britian 10 tahun merudum ke paras terendah dalam lapan bulan, turun sebanyak 11 mata asas kepada kira-kira 3.54% Sementara itu, FTSE 100
British adalah satu-satunya indeks saham utama di Eropah yang berada dalam dagangan positif pada hari Rabu, naik sebanyak 0.8% pada waktu dagangan pada sebelah petang.
Bank of England minggu lalu mengekalkan nada yang tegas ketika ia mengekalkan kadar faedah utamanya tidak berubah pada 5.25%. Jawatankuasa Dasar Kewangan mengulangi bahawa dasar ini hanya akan diubah jika terdapat data-data yang menyokong. Bank pusat mengakhiri fasa 14 kenaikan kadar faedah berturut-turut pada bulan September, ketika pembuat dasar mencuba untuk menurunkan inflasi kembali ke sasaran 2% Bank daripada paras tertinggi 11.1% pada Oktober 2022.
Disisi lain, Bank of England telah berkali-kali menolak jangkaan pasaran untuk pengurangan kadar faedah yang signifikan pada tahun 2024 yang berhujah bahawa “petunjuk utama inflasi U.K. tetap tinggi.”