Beberapa faktor kini dilihat menjadi penghalang kenaikan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang USD/CAD.
Mari teliti apa faktor yang sedang mempengaruhi pergerakan bagi kedua-dua mata wang dolar Kanada dan juga US dolar.
Pertama, sentimen pasaran dilihat dijernihkan dengan perkembangan yang semakin positif pada di China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia susulan data sektor ekonomi penting diterbitkan di sesi Asia semalam catat bacaan cemerlang.
Ini telah memberi kesan penyusutan pada mata wang US dolar sebagai mata wang safe-haven ketika situasi pasaran risk-on.
Selain itu, jangkaan untuk pembukaan ekonomi China turut menjangkakan peningkatan pada permintaan minyak mentah berikutan China antara negara pengguna terbesar minyak dunia.
Justeru, ini turut memberi kesan peningkatan pada nilai mata wang dolar Kanada disebabkan minyak mentah yang menjadi eksport utama di negara itu.
Oleh itu, momentum kenaikan harga pada carta USD/CAD sebelum ini mula terbantut dengan zon rintangan 1.36600 menjadi penghalang untuk kenaikan diteruskan lebih tinggi.
Namun, pergerakan harga sejak minggu lalu dilihat masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD itu sehinggalah dagangan bersambung ke hari ini (Khamis).
Disebabkan situasi semasa memberi isyarat greenback yang lemah dan Loonie yang positif, harga dilihat lebih cenderung untuk memaparkan corak penurunan semula menuju ke penghujung minggu ini.
Penurunan harga dilihat akan menguji zon tumpuan pada 1.35000 dan jika tembus lebih rendah, harga akan singgah berlegar pula di sekitar 1.34000.
Namun jika harga kembali temui momentum untuk meneruskan kenaikan semula, zon rintangan 1.36600 akan terus diuji untuk ditembusi.
Selepas ditembusi, barulah pergerakan bullish akan diteruskan lagi dengan sasaran harga untuk menuju hingga ketinggian terbaru pada 1.38000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG