Emas didagangkan stabil pada pembukaan dagangan awal minggu ketika tumpuan kini beralih kepada data inflasi Amerika Syarikat yang bakal menentukan langkah Federal Reserve (Fed) selanjutnya.
Sesi Asia melihatkan logam kuning itu berlegar pada sekitar paras harga $1,920 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan sedikit berubah pada $1,946 per auns.
Logam berharga itu, tampaknya terus bergelut di tengah-tengah dagangan US dolar yang lebih kukuh dan hasil bon AS 10 tahun yang tinggi.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan data indeks harga pengguna (CPI) AS pada hari Rabu untuk dijadikan petunjuk kepada keputusan Fed selanjutnya.
Buat masa ini, pelabur menjangkakan bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat minggu depan sebelum satu lagi kenaikan dibuat menjelang akhir tahun 2023.
Ia susulan beberapa siri data yang terus menunjukkan pengukuhan, terutamanya pekerjaan dan aktiviti ekonomi Amerika Syarikat.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.