Rentetan daripada kebimbangan baharu yang tercetus, People’s Bank of China (PBOC) menurunkan kadar dasar utamanya untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan pada hari Selasa.
Kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) diturunkan kepada 2.5% daripada 2.65% sebelumnya dan kadar reverse repo daripada 1.9% kepada 1.8%.
Langkah yang tidak dijangka itu dilihat sebagai usaha baharu pihak berkuasa untuk menyokong pemulihan ekonominya.
Penganalisis malah melihat bahawa langkah itu juga membuka peluang untuk pengurangan dalam penanda aras pinjaman China, kadar utama pinjaman (LPR) pada minggu depan.
Kadar MLF berfungsi sebagai panduan kepada LPR dan kebanyakan pasaran menggunakannya sebagai pelopor kepada sebarang perubahan penanda aras pinjaman.
Selain itu, bank-bank di negara itu juga dilaporkan menjual dolar Amerika sebagai campur tangan untuk menyokong mata wang tempatan, yuan.
Tindakan PBOC kemudiannya disusuli oleh data ekonomi China yang menyuramkan, dengan pengeluaran perindustrian turun lebih rendah pada bulan Ogos.
Kadar pengangguran juga meningkat, mendorong pihak berkuasa untuk tidak lagi menerbitkan data untuk kadar pengangguran belia.
Yuan susut lebih rendah pada sesi Asia pada 7.296 berbanding greenback, merosot ke paras terendah lebih 9 bulan.