Hari yang sunyi susulan cuti di Amerika Syarikat memperlihatkan pelabur dengan dagangan bercampur-campur US dolar dan pengukuhan mata wang komoditi.
Pelabur kini menunggu pemangkin baharu untuk menggerakkan pasaran yang dijangka akan kembali aktif menjelang keluaran laporan minit mesyuarat FOMC.
Ia kemudiannya disusuli oleh data pekerjaan AS dengan laporan ADP, JOLTS dan tuntutan pengangguran pada hari Khamis, serta NFP pada hari Jumaat.
Indeks dolar tampaknya kembali mengukuh di atas 103.00, dipengaruhi oleh penurunan euro yang jatuh di bawah 1.1900, menjadikannya antara yang berprestasi buruk di kalangan mata wang utama.
Walaupun bukan data berimpak tinggi, pelabur akan memberi tumpuan kepada terbitan bacaan akhir PMI Zon Eropah untuk bulan Jun serta indeks harga pengeluar (PPI).
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-naik-menjelang-minit-fed-57?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-fx-usd-naik-menjelang-minit-fed-57
Sementara itu, mata wang pound sedikit menguat pada sesi Eropah sebelum mengurangkan sedikit keuntungan pada sesi seterusnya untuk didagangkan sekitar harga 1.2710 berbanding USD.
Mata wang yen pula sedikit meningkat berbanding greenback, tetapi kekal terkapai-kapai di paras terendah sejak November 2022.
Selain itu, mata wang berkaitan komoditi dolar Aussie pulih daripada kejatuhan susulan keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah.
Dolar Aussie pada mulanya susut rendah, sebelum melantun semula kerana pelabur masih melihat bahawa RBA akan meneruskan kenaikan kadar faedahnya akan datang.
Dolar New Zealand pula terus memperpanjangkan pengukuhan dengan meningkat lebih tinggi ke sekitar harga 0.6198 berbanding greenback, manakala dolar Kanada pula bergerak mendatar selepas meningkat pada sesi terdahulu.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.