Carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah menunjukkan corak pada dagangan sesi Eropah semalam susulan Pound yang menerima tekanan oleh US dolar.
Namun jika dinilai, dagangan US dolar agak bercampur di awal minggu selepas pasaran disajikan dengan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Walaupun nampak agak kukuh di sesi Eropah, namun US dolar kembali bergerak suram di sesi New York dengan menyusut semula.
Pandangan yang bercampur-campur tentang jangkaan keputusan dasar monetari selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed) akan membuatkan pemain pasaran lebih berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC minggu hadapan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-terbantut-gold-nak-ke-mana76#t=0:00
Jika diperhatikan, harga pada carta GBP/USD semalam telah memaparkan penurunan dari ketinggian sekitar 1.24600 sehingga menyentuh semula paras 1.24000.
Seperti dijangka, harga memberi reaksi kepada paras tersebut apabila kembali menunjukkan lantunan semula sekitar 30 pips dan berpaut pada garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD itu.
Harga berlegar perlahan di sekitar 1.24300 ketika menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Rabu).
Jika kenaikan berlaku hari ini, harga berkemungkinan akan mengatasi ketinggian semalam sebelum menuju ke paras 1.25000.
Melepasi paras tersebut akan mendorong harga menuju semula ke zon rintangan minggu lalu pada 1.25400, iaitu kawasan sebelum berlaku terjunan harga ketika data NFP dterbitkan.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga yang boleh berlaku pula, susut di bawah paras 1.24000 akan mendorong penurunan lebih rendah melepasi paras pada Isnin lalu sekitar 1.23700.
Dan untuk penurunan yang dilanjutkan lagi, zon support 1.23000 sedang menanti untuk diuji setelah beberapa bulan zon itu berjaya menahan harga dari jatuh lebih rendah.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG