Jualan runcit UK tanpa dijangka menguncup pada bulan Julai selepas terkesan oleh kelemahan perbelanjaan disebabkan cuaca sejuk dan hujan yang menghalang rakyat berbelanja.
Terbaharu, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan jumlah jualan runcit menurun sebanyak 1.2% pada bulan lalu daripada kenaikan 0.6% yang dicatatkan pada Jun.
Angka yang dicatatkan itu juga meleset daripada jangkaan untuk penyusutan 0.6%, manakala pada asas tahunan ia menurun sebanyak 3.2%.
Ini merupakan penguncupan pertama dalam jualan runcit yang dicatatkan sejak Mac, apabila jualan merosot untuk kedua-dua makanan dan bukan makanan yang mencerminkan kesan cuaca dan tekanan kos.
Selain cuaca tidak menentu di Britain, pengguna turut terkesan oleh inflasi yang kekal tinggi pada 6.8% pada bulan Julai serta kenaikan kadar faedah agresif oleh bank pusat England (BOE).
Mata wang pound susut 0.2% kepada 1.2720 berbanding greenback sejurus data dikeluarkan.
Bacaan terbaru yang dicatatkan jualan runcit ternyata berbeza dengan laporan yang lebih kukuh daripada jangkaan untuk pertumbuhan ekonomi, gaji dan inflasi di UK pada minggu lalu.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.