Shytosi Kusama, pembangun utama di Shiba Inu, baru-baru ini mengumumkan bahawa Shibarium, sebuah penyelesaian penskalaan L2 dari rangkaian blockchain Shiba Inu, telah dilancarkan dan beroperasi dengan baik.
Pengumuman ini menyusul selepas melakukan beberapa ujian dan penyesuaian, menandakan satu peristiwa penting bagi projek Shiba Inu.
Shytoshi Kusama menekankan bahawa sebelum pengumuman rasmi, Shibarium telah memiliki lebih daripada 65,000 dompet dan memproses 350 transaksi. L2 ini telah menjadi ibarat sebagai satu hub bagi pelbagai jenis token.
Kusama memuji keputusan Shiba Inu untuk keluar daripada Polygon dan membawa projek baru Shibarium ini ke satu pencapaian yang berkembang pesat.
Selanjutnya, Kusama menyebutkan proses pengeluaran untuk beberapa token, menekankan bahawa proses ini mengambil masa dari 45 minit hingga 3 jam mahupun sehingga 7 hari, khususnya untuk token BONE.
Pelancaran yang sangat dijangkakan ini menghadapi beberapa kesukaran teknikal besar pada awal bulan, menyebabkan harga SHIB merosot. Secara tidak langsung telah menghapuskan kenaikan beberapa minggu prestasi harga yang positif. Dalam masa yang sama , Shibarium turut berhadapan dengan beberapa “serangan FUD” yang kritikal.
Walaubagaimanapun, Kusama menggesa komuniti untuk memberi tumpuan pada matlamat jangka panjang berbanding dengan turun naik pasaran dalam jangka pendek.
Berita positif tentang pelancaran L2 ini sebenarnya dilihat tidak memberi kesan yang besar kepada token asli utama Shiba Inu. SHIB telah merosot lebih daripada 2% dalam tempoh 24 jam yang lalu dan kini berada di bawah $0.000008.