Dolar Kanada alami penyusutan pada dagangan sesi New York semalam selepas reaksi pasaran terhadap data inflasi yang diterbitkan.
Indeks harga pengguna (CPI) Kanada untuk bacaan tahunan bagi bulan Februari catat 5.2% menurun daripada 5.9% bulan sebelumnya, dan mengatasi jangkaan 5.4%.
Bacaan terbaru ini menunjukkan inflasi Kanada terendah sejak Januari 2022 dan dilihat sehaluan dengan dasar monetari Bank of Canada (BOC) yang telah mengambil langkah menghentikan pengetatan dasar buat sementara waktu.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD yang melantun semula semalam walaupun US dolar masih didagangkan suram menjelang mesyuarat FOMC awal pagi Khamis.
Harga berlegar di zon RBS (resistance become support) 1.36500 sebelum melantun naik semalam ketika data CPI diterbitkan mencapai ketinggian sekitar 1.37300.
Harga kemudiannya mendatar perlahan selepas mencapai ketinggian tersebut sehinggalah dagangan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu).
Pelabur mula menilai isyarat perubahan trend bullish selepas harga yang mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.
Namun, arah pergerakan lebih jelas bakal diperlihatkan selepas keputusan mesyuarat FOMC.
Sekiranya US dolar lebih kukuh berbanding Loonie, harga bakal menyambung kenaikan lebih tinggi menuju paras rintangan 1.38000 yang telah diuji minggu lalu.
Melepasi rintangan tersebut, paras ketinggian pada 1.38600 pula akan menjadi tumpuan untuk diuji semula dan tidak mustahil harga boleh teruskan kenaikan lebih tinggi.
Sebaliknya, situasi US dolar ketara susut nilai akan menyaksikan harga bakal menjunam menembusi zon RBS 1.36500 sebelum menuju ke sasaran seterusnya pada 1.35000.
Mencecah zon tersebut atau lebih rendah, akan catatkan paras terendah terbaru 4 minggu buat harga dengan petunjuk jelas bagi pergerakan trend bearish.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG