Pagi ini, mata wang AS dolar dilihat terus melemah berbanding Ringgit Malaysia (RM) yang menunjukkan pergerakan mengukuh kepada 4.67900 berbanding semalam 4.7149.
Ini berikutan dolar jatuh lebih daripada 1% selepas data harga pengguna AS menunjukkan kadar inflasi agak perlahan pada Oktober dan mempengaruhi jangkaan pasaran dasar monetari Fed.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Dr Afzanizam menyatakan bahawa data tuntutan faedah pengangguran AS meningkat kepada 220,000 minggu lepas daripada 218,000 sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa pasaran buruh AS sedang perlahan-lahan melemah dan berkemungkinan besar Fed akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terakhirnya bulan depan.
Hasil perbendaharaan AS turun sebanyak 7.0 dan 9.0 mata asas kepada 4.844% dan 4.444% masing-masing. Manakala, indeks AS Dollar stabil sekitar 104 mata.
Ini dijangka akan memberi kesan positif kepada ringgit pada hari ini.