Harga emas bertahan pada sekitar paras tertinggi dua minggu pada hari Jumaat walaupun di tengah-tengah pengukuhan US dolar menjelang simposium tahunan Jackson Hole.
Ketika sesi Asia, logam berharga itu didagangkan pada sekitar harga $1,915 per auns, niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,941 per auns.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dijadualkan berucap sekitar jam 10.05 malam ini, dengan jangkaan ia boleh mencetuskan volatiliti dalam pasaran kewangan.
Ucapan 8 minit Powell tahun lepas di Jackson Hole adalah pendek dan pantas tetapi berkesan kerana beliau menggariskan dasar hawkish yang membawa kadar faedah daripada 2.5% kepada paras semasa 5.5%.
US dolar memperpanjangkan pengukuhannya menjelang ucapan Powell dengan melonjak ke paras ketinggian baharu 2 bulan berbanding mata wang utama.
Pun begitu, logam kuning emas bertahan daripada jatuh lebih rendah dengan terus mengekalkan keuntungan yang diraihnya pada hari Rabu.
Hasil bon AS 10 tahun pula sedikit meningkat tetapi kekal di bawah paras tertinggi 16 tahun dengan berlegar pada sekitar paras 4.20%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.