Dagangan emas pada penghujung minggu lepas dilihat agak mendatar selepas tidak menyambung penurunan ke paras lebih rendah.
Pada Rabu lalu, harga emas mula menunjukkan tanda-tanda terjunan untuk berlaku selepas berundur dari paras tertinggi dalam sejarah yang berjaya dicapai iaitu pada $,2758.
Ketidaktentuan terus menyelubungi pasaran, namun dengan kehangatan yang diperhatikan di Timur Tengah selepas Israel membalas serangan Iran, dijangka akan memberi kelebihan kepada dagangan aset emas.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak di antara julat puncak tertinggi 2758.00 dan paras sokongan 2710.00.
Sehingga pembukaan sesi Asia pagi ini, harga masih bergerak dalam julat yang sama dengan perlahan di sekitar 2730.00.
Pergerakan harga di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya yang lebih jelas.
Penganalisis masih melihat potensi bagi emas untuk terus melanjutkan kenaikan sambil mencipta rekod sejarah terbarunya lagi dalam waktu terdekat.
Paras sasaran terhampir yang diletakkan oleh penganalisis adalah pada ketinggian 2770.00.
Namun, jika harga memberi petunjuk jelas untuk terjunan, pelabur perlu bersedia untuk permulaan pergerakan trend bearish emas.
Penurunan awal harga dilihat bakal menuju zon tumpuan sekitar 2670.00 yang telah berjaya ditembusi harga pada kenaikan di pertengahan Oktober lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK