Emas mencatatkan lantunan tinggi semula pada dagangan Khamis selepas Federal Reserve (Fed) laksanakan pemotongan kadar faedah 50 mata asas pada mesyuarat FOMC AS terkini.
Peserta pasaran kini mengabaikan pergerakan positif hasil Perbendaharaan AS yang mampu memberikan tekanan ke atas logam bernilai tersebut.
Pada jam 9.50 pagi, harga emas berada pada posisi $2,587.98 iaitu naik sebanyak 0.05% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat.
Hasil daripada mesyuarat Fed itu, logam emas mula menandakan arus penurunan yang tinggi selepas memecahkan rekod tertinggi sepanjang masa.
Walau bagaimanapun, Wall Streets meramalkan Fed bakal lakukan pemotongan kadar faedah sebanyak dua kali pada penghujung tahun 2024 selepas melihat angka inflasi semakin akur dengan sasaran 2%.
Namun, Jerome Powell menegaskan bahawa Fed mampu mengekalkan keutuhan laporan buruh dengan melaraskan semula dasar terkini.
Katanya lagi, Fed boleh mengekalkan kembali dasar yang lebih perlahan dan mereka tidak akan tergesa-gesa menuetralisasikan dasar monetari.
Sementara itu, data pekerjaan AS mendapat perhatian selepas ucapan Powell di Jackson Hole di mana beliau beralih ke arah mencapai mandat pekerjaan maksimum.
Pada hari Khamis, Jabatan Buruh AS mendedahkan bahawa bilangan orang yang memfailkan faedah pengangguran adalah di bawah jangkaan.