Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD paparkan lantunan semula harga ketika dagangan menuju ke penutup minggu lepas.
Sebelum itu, pelabur menerima isyarat awal untuk permulaan corak penurunan harga berikutan harga yang telah mula susut di bawah paras 1.27000.
Tambahan pula, US dolar kembali paparkan pemulihan pada minggu lalu sementara Pound pula berisiko untuk melemah susulan isyarat dovish oleh bank pusat England (BOE) untuk lakukan pemotongan kadar faedah.
Harga juga bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut selepas kenaikan harga yang terhad.
Namun, harga telah melantun naik semula di atas paras 1.27000 sebelum menamatkan dagangan di sesi terakhir sekitar paras 1.27500.
Pergerakan harga perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini.
Penganalisis menjangkakan perubahan arah harga pada penutup minggu lalu itu adalah berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran dan US dolar masih berpotensi untuk menyambung semula pengukuhan pada minggu ini.
Petunjuk minggu ini akan diperhatikan pula menerusi data pertumbuhan ekonomi AS serta indeks PCE.
Sekiranya masih lagi harga berjaya meneruskan kenaikan, paras dicapai minggu lalu iaitu 1.27600 bakal dicabar sebelum ketinggian terbaru dicatatkan.
Sasaran seterusnya harga adalah untuk menguji zon tumpuan pada 1.28000 pula.
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula melepasi garisan MA50 dan paras 1.27000, ini akan kembali memberi petunjuk untuk pergerakan bearish buat harga.
Penurunan harga seterusnya akan dijangkakan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG