SpaceX telah dipantau oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat kerana melanggar peaturan keselamatan yang berkaitan dengan dua pelancaran pada 2023.
Ketua FAA, Mike Whitaker, menekankan keperluan untuk SpaceX mengekalkan “tahap keselamatan tertinggi,” merujuk kepada isu seperti kegagalan syarikat untuk mendapatkan permit yang diperlukan untuk pelancaran tertentu dan denda yang dicadangkan sebanyak $633,000.
SpaceX, bagaimanapun menyangkal dakwaan ini, menyatakan ia adalah penyedia pelancaran paling selamat di seluruh dunia.
Elon Musk mengkritik FAA kerana memberi tumpuan kepada “perkara kecil” dengan SpaceX sambil mengabaikan isu yang lebih kritikal dengan Boeing.
FAA, sebagai tindak balas, menegaskan bahawa semua syarikat, termasuk SpaceX dan Boeing, harus mematuhi piawaian keselamatan yang sama, seperti mempunyai Sistem Pengurusan Keselamatan (SMS) dan program pemberi maklumat.
Kontroversi itu berlanjutan kepada pelancaran Starship 5 yang ditangguhkan oleh SpaceX kerana penilaian keselamatan yang tidak lengkap, khususnya analisis ledakan sonik.
Walaupun terdapat perselisihan pendapat, FAA menegaskan bahawa mematuhi peraturan adalah kunci bagi SpaceX untuk memajukan pelancaran masa depan.