Elon Musk telah mencetuskan kontroversi dengan melabelkan pegawai kerajaan Australia sebagai “fasis” berhubung cadangan undang-undang yang bertujuan untuk mengekang penyebaran berita palsu di platform digital.
Undang-undang yang menyasarkan syarikat media sosial, mewajibkan mereka mengurus risiko yang berkaitan dengan maklumat palsu, atau berdepan denda sehingga 5% daripada hasil tahunan mereka.
Menteri Komunikasi Australia, Michelle Rowland, berkata bahawa maklumat palsu adalah berbahaya kepada keselamatan rakyat dan demokrasi negara, dan sesuatu mesti dilakukan mengenainya.
Undang-undang yang dicadangkan tidak akan terpakai untuk berita profesional, jenaka atau kandungan yang dimaksudkan untuk pendidikan atau seni.
Bagaimanapun, Musk mengkritik undang-undang itu, menyebabkan perselisihan faham dengan kerajaan Perdana Menteri Anthony Albanese.
Australia sebelum ini bertelagah dengan platform media sosial Musk, X (dahulunya Twitter), berhubung kandungan berbahaya.
Perundangan itu dijangka menghadapi cabaran di Parlimen, kerana ia memerlukan sokongan daripada parti pembangkang atau senator bebas.
Pengkritik, termasuk jurucakap Hal Ehwal Dalam Negeri pembangkang James Paterson, telah membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan penapisan pandangan politik yang sah di bawah kawal selia maklumat yang salah.
Sebelum ini platform X telah dikenakan sekatan oleh kerajaan Brazil telah ekoran perintah yang dikeluarkan oleh Hakim Alexander de Moraes disebabkan kegagalan memenuhi tuntutan undang-undang negara itu..