Jangkaan untuk bank pusat Jepun (BOJ) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu hadapan terus menyuntik pengukuhan Yen.
Yen kukuh berbanding US dolar pada awal minggu sehingga semalam walaupun prestasi US dolar dilihat baik berbanding kebanyakan mata wang utama.
Bank of Japan (BOJ) telah mengejutkan pasaran pada mesyuarat Mac lalu apabila menaikkan kadar faedah dari paras negatif yang lama dikekalkan sejak awal tahun 2016.
Corak pengukuhan Yen nampaknya berterusan memasuki minggu ketiga berturut-turut selepas pemulihan nilai dari kejatuhan terburuk sejak tahun 1986 di awal Julai lalu.
Seperti situasi sebelum ini, pasaran melihat berlaku campur tangan dalam pasaran namun tiada petunjuk diperolehi dari pihak berkuasa Jepun berhubung perkara tersebut.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga menyambung penurunan lebih rendah hari ini hingga melepasi paras 155.00.
Selepas kenaikan harga pada Jun lalu berterusan memasuki pembukaan Julai melihatkan harga mencapai paras tertinggi 38 tahun itu di sekitar 162.00, trend harga mula berubah dengan penurunan sehingga ke minggu ini.
Walaupun US dolar papar prestasi baik, namun gagal mengangkat harga naik semula dengan pergerakan harga yang kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 di carta USD/JPY sebagai isyarat bearish.
Penurunan lanjut dijangka akan masih diteruskan dengan sasaran menuju sehingga sekitar 152.00 pula.
Ini akan menjadi paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 12 bulan.
Namun, jika harga melantun semula di atas paras 155.00, berkemungkinan corak kenaikan harga akan dipaparkan semula.
Beberapa rintangan perlu harga tempuhi sebelum memberi isyarat perubahan trend termasuk sekitar zon 157.500 dan seterusnya pada 160.00.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG