Masih utuh untuk berdiri bersama rakan karibnya, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dengan beraninya telah mengecam lima sekutu rapatnya kerana mengenakan sekatan terhadap menteri kanan Israel.
AS menyifatkan tindakan itu sebagai “tidak membantu langsung” dan menuduh sekutu-sekutunya telah salah dalam menyasarkan tindakan iaitu Hamas, bukannya Israel.
Britain, Kanada, Norway, New Zealand dan Australia baru-baru ini telah mengenakan sekatan terhadap Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben Gvir atas “hasutan berulang kali untuk keganasan” namun tindakan itu telah mendapat kritik yang hebat dari Amerika sendiri.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce menyatakan bahawa sekatan terhadap menteri Israel tidak akan membawa kepada keamanan di Gaza.
Beliau menegaskan bahawa sekutu-sekutu AS seharusnya memberi sokongan kepada utusan khas mereka, Steve Witkoff, serta menyalurkan dana kepada Gaza Humanitarian Foundation tetapi bukannya meminggirkan Israel.
Ironinya, yayasan bantuan Gaza yang disebut itu turut dikecam oleh PBB kerana menyalurkan bantuan bersama tentera Israel, sekali gus menimbulkan persoalan tentang prinsip kemanusiaan.
Sejak kembali berkuasa, Trump tidak berganjak dari janjinya untuk berdiri teguh di belakang Israel, walau satu demi satu sekutu mula menjauh.
Sampai bila ‘perdamaian’ yang dijanjikan hanya sekadar kata-kata kosong?
Bila mulut berbicara damai, tetapi mata sengaja dipejam terhadap jenayah berulang sahabat karibnya sendiri, bukankah itu pengkhianatan terhadap prinsip keadilan yang dibawa Amerika?
Amerika mungkin berdiri teguh bersama Israel, tapi anda masih boleh pilih untuk berdiri teguh bersama masa depan anda sendiri. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!