Beberapa hari kebelakangan ini menjadi tempoh yang suram buat para pedagang emas berikutan harga aset itu sedang mengalami fasa kejatuhan.
Pada Rabu lepas, harga berada di paras tertinggi 5 minggu pada $3,440 sebelum corak penurunan bermula.
Kejatuhan nilai emas berterusan hingga pembukaan awal minggu semalam susulan sentimen pasaran positif yang didorong oleh persetujuan rundingan dagang AS-EU yang dicapai, turut memudarkan tarikan terhadap emas sebagai aset safe-haven.
Memerhati pergerakan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah paparkan penurunan hingga ke sekitar 3325.00 pada penutup minggu lepas.
Walaupun ada cubaan kenaikan yang lemah dipaparkan di sesi Asia semalam ke sekitar 3345.00, pelabur mengekalkan jangkaan untuk penurunan dilanjutkan berikutan isyarat bearish harga yang masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Penurunan jelas diteruskan pada awal sesi New York semalam hingga harga hampir mencecah paras 3300.00 sebelum pergerakan harga mula mendatar hingga ke penutup sesi tersebut.
Dagangan emas kekal mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa) hingga ke awal pembukaan sesi Eropah di bawah paras 3320.00.
Berkemungkinan penurunan harga emas akan diteruskan lagi selepas ini dengan jangkaan paras 3300.00 bakal ditembusi.
Lanjutan penurunan harga akan beralih sasaran baharu pada sekitar 3200.00 pula sekiranya tarikan terhadap emas semakin pudar.
Situasi sebaliknya untuk jangkaan bagi kenaikan harga emas pula, lantunan yang kembali melepasi halangan MA50 akan mengubah corak penurunan sebelum ini.
Harga bakal pulih menuju semula ke zon 3400.00 yang telah berjaya dicapai pada kenaikan minggu lalu, namun memerlukan faktor yang menyokong semula tarikan terhadap emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK