Dagangan emas mula paparkan kembali pemulihan pada penutup minggu lepas susulan reaksi penyusutan US dolar selepas laporan pekerjaan NFP terbaru diterbitkan.
Dengan bacaan bagi bulan Julai yang merosot, US dolar alami penyusutan nilai yang ketara, sementara permintaan terhadap emas kembali meningkat ekoran situasi kegoyahan politik di Amerika Syarikat (AS) ketika ini.
Presiden Donald Trump telah bertindak memecat pegawai Suruhanjaya Biro Statistik Buruh selepas kecewa dengan laporan NFP tersebut selain gabenor Federal Reserve (Fed) Adriana Kugler juga dilaporkan meletak jawatan lebih awal sebelum penggalnya berakhir.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencecah paras 3270.00 sebelum kenaikan kukuh dipaparkan di penutup minggu lepas.
Melepasi paras 3300.00, harga emas lanjutkan kenaikan hingga ke penghujung sesi terakhir mencapai ketinggian sekitar 3360.00.
Walau pergerakan harga emas mendatar di sekitar paras penutupan minggu lepas untuk beberapa sesi terawal minggu ini, pelabur telah melihat isyarat perubahan trend selepas kenaikan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).
Jika kenaikan diteruskan, harga emas bakal mencapai semula ke paras 3400.00 sebelum menuju ketinggian yang dicapai pada Julai lalu berhampiran 3440.00.
Namun jika harga berundur turun semula di bawah 3300.00, berkemungkinan emas kembali berisiko untuk jatuh lebih rendah semula.
Melepasi paras minggu lalu, harga emas bakal catat paras terendah 12 minggu dengan sasaran bagi penurunan lebih rendah adalah menuju sekitar 3200.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK