Prestasi emas semakin mengendur semula ketika menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini.
Logam kuning itu memberi harapan pada minggu lalu dengan peningkatan harga di atas paras $3,300 namun momentum gagal dipertahankan susulan penurunan semula harga ketika reaksi laporan NFP diterbitkan.
Pasaran masih dalam keadaan tidak menentu dengan pelabur berwaspada terhadap isu tarif Donald Trump yang menghampiri tarikh akhir tempoh penangguhan 90 hari sebelum ini.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang dibuka sekitar paras 3335.00 di sesi Asia pagi ini mula menunjukkan penurunan selepas bergerak mendatar di penutup minggu lalu.
Pergerakan harga yang berada di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan isyarat bearish buat emas.
Penurunan harga sehingga ke sesi Eropah dilihat menyentuh semula paras 3300.00 yang menjadi titik penting untuk arah selanjutnya.
Jika susut lebih rendah ke bawah, harga emas berkemungkinan akan mencecah kembali paras pada pembukaan minggu lalu sekitar 3250.00.
Namun, sekiranya harga berbalik arah membuat kenaikan melepasi halangan MA50, ini akan menjadi isyarat positif untuk kenaikan semula harga.
Paras tertinggi minggu lepas sekitar 3365.00 bakal sasaran untuk dilepasi sebelum menunjukkan isyarat bullish lebih jelas.
Selanjutnya, harga emas akan dicatatkan lebih tinggi dengan sasaran untuk menuju semula 3400.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK