Pelabur emas kembali bermuram selepas jangkaan tidak mengena untuk pergerakan terbaru aset selamat itu.
Selepas mendatar di pembukaan awal minggu semalam, dagangan emas semakin susut rendah pada hari ini (Selasa).
Situasi kembali berbeza berbanding corak kenaikan harga emas yang telah dipaparkan pada penghujung minggu lalu dengan penutupan harga tertinggi di sesi terakhir mencapai $3,365.
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan corak hambar untuk beberapa sesi semalam.
Namun, harga yang masih meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu menjangkakan kenaikan masih akan diteruskan.
Jangkaan meleset apabila pelabur mula melihat isyarat perubahan trend dengan pergerakan harga di bawah garisan MA50 hari ini.
Di sesi Eropah, harga menunjukkan penurunan lebih ketara sehingga kembali mencecah paras 3300.00 semula.
Zon sokongan 3280.00 minggu lalu bakal diuji dan akan memberikan isyarat untuk penurunan lanjut jika menembusinya.
Jika penurunan berterusan, harga dilihat akan kembali semula ke zon 3220.00-3200.00, antara zon yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu sebelum ini.
Namun, jika harga bertahan dari jatuh di bawah paras 3300.00, masih ada potensi untuk kenaikan harga berlaku semula.
Sasaran masih kekal pada 3400.00 untuk dicapai jika kenaikan berjaya diteruskan pada minggu ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK