Walaupun menunjukkan corak kenaikan harga pada penutup minggu lalu, dagangan emas tidak berjaya mengekalkan momentum positif tersebut pada pembukaan awal minggu ini.
Pada Isnin semalam, harga emas hanya sekadar mencapai $3,375 untuk paras tertingginya sebelum alami penurunan.
Pelabur emas semakin berhati-hati dalam menilai impak pergolakan tarif selain menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi panduan bank pusat untuk penetapan dasar monetari.
Reaksi pelabur akan turut mempengaruhi pergerakan harga emas semasa yang masih belum menunjukkan petunjuk arah yang jelas.
Memerhatikan carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga tidak berjaya melepasi paras 3380.00 sebelum penurunan harga mencecah sekitar 3340.00 pada sesi New York semalam.
Berlegar di sekitar garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum harga kembali menunjukkan lantunan ke atas pada dagangan hari ini (Selasa), menunjukkan isyarat bullish buat emas.
Kenaikan harga akan cuba untuk melepasi paras dagangan 3380.00 sebelum sasaran pada 3400.00 pula untuk dicapai.
Melepasi paras-paras penting ini akan mencetuskan kembali jangkaan untuk harga emas menuju rekod tertingginya semula pada 3500.00.
Namun jika harga emas paparkan penurunan ke bawah, berkemungkinan boleh melepasi hingga ke paras 3300.00 semula.
Seterusnya beberapa paras tumpuan seperti 3250.00 dan 3200.00 akan menjadi tumpuan harga pada penurunan yang diteruskan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK