Vietnam bakal melancarkan bursa mata wang kripto domestik pertama melalui kerjasama antara Dunamu, pengendali bursa terkemuka Korea Selatan Upbit dan MB Bank, salah satu daripada lima bank terbesar negara itu.
Dalam kerjasama tersebut, Dunamu yang menyediakan teknologi, infrastruktur dan kepakaran, manakala MB Bank pula syarikat bank berkaitan kerajaan dengan aset sekitar $50 billion serta 33 juta pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Dunamu, Oh Kyoung-suk berkata Vietnam memiliki lebih 20 juta pemegang aset digital dan aliran masuk aset berasaskan blockchain kelima terbesar di dunia.
Potensi tersebut hasil gabungan model Upbit mampu mencipta peluang infrastruktur kewangan digital negara berasaskan keyakinan pengguna.
Pelancaran ini selaras dengan undang-undang Industri Teknologi Digital Vietnam yang baru, secara rasmi menghalalkan dan mengawal selia aset digital. Perubahan dasar ini membuka jalan kepada pasaran kripto yang dikawal sepenuhnya, dengan kerjasama Dunamu–MB Bank menjadi pelopor utama.
Dunamu sebelum ini berjaya membangunkan Upbit sebagai bursa ketiga terbesar dunia dengan nilai dagangan melebihi $1.1 trilion, selain terlibat dalam pembentukan peraturan kripto di Korea Selatan.