Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan kebimbangan serius terhadap peruntukan dalam Rang Undang-Undang Perbelanjaan Amerika Syarikat (AS) yang digelar ‘Big Beautiful Bill’ oleh Presiden Donald Trump, yang didakwa boleh mengenakan cukai sehingga 20% ke atas pendapatan pelabur asing di AS.
Menurut Ahli Parlimen EU, Markus Ferber, peruntukan itu dilihat sebagai tindakan balas terhadap negara-negara yang mengenakan cukai ke atas syarikat teknologi AS, termasuk negara anggota EU yang telah melaksanakan Cukai Perkhidmatan Digital dan cukai minimum global sebanyak 15% seperti yang dipersetujui oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Perundangan tersebut, yang telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS, masih dalam rundingan antara Washington dan Brussels sebagai sebahagian daripada usaha menyelesaikan pertikaian perdagangan yang tercetus sejak Mac lalu.
Ketika ini, AS telah mengenakan tarif sebanyak 50% ke atas keluli dan aluminium dari EU, 25% ke atas kenderaan, serta 10% ke atas semua import lain dari blok tersebut.
Sebagai tindak balas, EU telah menyediakan langkah balas bernilai sekitar €115 bilion yang kini digantung sementara sehingga Julai, atau masih menunggu kelulusan negara anggota.
Ferber turut mengesahkan bahawa Suruhanjaya Eropah telah mengemukakan isu cukai ini dalam rundingan tarif bersama pentadbiran Trump, namun belum menerima pengesahan sama ada ia akan dibincangkan secara rasmi.
Berikutan tekanan cukai dan tarif global yang semakin menggila, inilah masa terbaik untuk kuasai pasaran dengan strategi yang tepat. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!