Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) baru-baru ini telah berkongsi satu berita gembira apabila mengumuman pengumuman bahawa kerajaan akan mengecualikan caj Dana Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) sebanyak 1.6% ke atas tarif elektrik bagi program tenaga boleh baharu bermula 1 Ogos ini.
Langkah ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mempercepat peralihan tenaga dan meningkatkan penyertaan sumber boleh baharu dalam bekalan elektrik negara, khususnya menjelang sasaran 70% campuran tenaga boleh baharu pada tahun 2050.
Pengecualian caj itu meliputi inisiatif Tarif Elektrik Hijau, Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat serta Mekanisme Pengagregatan Tenaga Komuniti.
Menurut PETRA, pelaksanaan ini dijangka memberi galakan kepada sektor korporat dan industri untuk terus menyokong agenda tenaga mampan negara.
Caj KWTBB ini telah diperkenalkan pada 2011 bagi membiayai pembangunan tenaga boleh baharu menerusi mekanisme tarif galakan (FiT) yang dikendalikan oleh SEDA Malaysia.
Sejak itu, kapasiti tenaga boleh baharu negara terutama solar meningkat ketara daripada hanya 5 megawatt (MW) pada 2011 kepada 5,100 MW kini.
Tenaga daripada biogas, biojisim dan mini hidro turut menyumbang 855 MW kepada sistem bekalan negara, kata kementerian.
Susulan pelaksanaan struktur tarif elektrik baharu pada 1 Julai lalu, kerajaan turut menyemak semula program sedia ada dan memperkenalkan langkah ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan lebih progresif dalam industri tenaga boleh baharu negara.
Tenaga bersih makin laju, pelabur bijak jangan tunggu lama-lama! Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!