China akhirnya bersedia melangkah ke hadapan dengan menyatakan keterbukaan untuk berbincang mengenai tarif, subsidi dan isu dasar perdagangan lain dalam kerangka reformasi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Langkah ini dibuat susulan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu perubahan menyeluruh terhadap sistem perdagangan global sedia ada.
Menurut seorang wakil kanan misi China ke WTO, negara itu bersedia berbincang mengenai tarif, dasar industri serta beberapa manfaat yang dinikmati menerusi status negara membangun.
Namun, sebarang rundingan perlu dilakukan secara adil dan dengan semangat saling menghormati antara semua pihak.
Wakil itu memaklumkan bahawa China sedang mempertimbangkan untuk menyemak semula beberapa kelebihan di bawah Skim Layanan Khas dan Berbeza (Special and Differential Treatment, SDT), sebagaimana yang telah dilakukan dalam isu perikanan dan peraturan domestik.
Bagaimanapun, Beijing tetap menegaskan bahawa status negara membangun yang disandangnya adalah muktamad dan tidak boleh dirunding, meskipun bersedia mengorbankan sebahagian manfaat SDT atas dasar kompromi.
Washington sebelum ini menegaskan bahawa reformasi WTO tidak akan bermakna sekiranya China dan ekonomi besar lain terus mengekalkan manfaat SDT, yang didakwa memberi kelebihan tidak adil kepada negara-negara tersebut.
Dalam pada itu, China turut menyatakan keterbukaan untuk berunding di bawah Artikel 28 Perjanjian WTO iaitu sebuah peruntukan yang membolehkan negara anggota menyemak semula komitmen tarif mereka sekiranya AS mengemukakan permintaan rasmi melalui saluran WTO.
Sudah tiba masanya untuk faham bagaimana dasar global seperti rundingan China-AS ini boleh pengaruhi pasaran dan portfolio anda. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!