Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan Mewah (HVGT) seperti yang diumumkan sebelum ini, sebaliknya memilih untuk memperkukuh sistem percukaian sedia ada melalui pengembangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut jawapan bertulis oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Dewan Rakyat semalam, prinsip asas HVGT telah diserap ke dalam struktur SST baharu, dengan barangan mewah dan bersifat bukan keperluan asas kini dikenakan cukai pada kadar lebih tinggi iaitu 5% atau 10%.
Langkah itu dijangka menyumbang tambahan hasil sebanyak RM5 bilion tahun ini, susulan peluasan SST bermula 1 Julai lalu, dengan kutipan dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM10 bilion menjelang tahun 2026.
Selain itu, program subsidi diesel bersasar telah menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM600 juta sebulan. Cukai Barangan Nilai Rendah (LVG) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu pula menyumbang hasil sekitar RM500 juta setakat ini.
Dalam pada itu, Cukai Perkhidmatan atas Perkhidmatan Digital (SToDS) terus menjadi penyumbang signifikan dengan kutipan RM1.6 bilion bagi tahun 2024, manakala Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang mula dilaksanakan pada 1 Mac 2024 dijangka menyumbang sekitar RM800 juta setahun.
Kerajaan turut mengesahkan tiada rancangan untuk memperkenalkan cukai digital baharu memandangkan perkhidmatan digital telah pun dikenakan cukai melalui SToDS sejak 2020.
Jangan biar polisi cukai baharu ganggu strategi pelaburan anda. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!