Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) pada Rabu memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014, selain terlibat dalam pelbagai pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Ukraine.
Keputusan sebulat suara yang diumumkan di Strasbourg itu mendapati Rusia telah melakukan tindakan ketenteraan secara melulu, termasuk penyeksaan, pemindahan paksa, penggunaan rogol sebagai senjata perang serta penculikan kanak-kanak Ukraine untuk dibawa masuk ke Rusia.
Tragedi MH17 yang meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda itu sedang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ditembak jatuh di timur Ukraine.
Mahkamah turut menyatakan bahawa Rusia gagal menjalankan siasatan yang adil, enggan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa, dan menafikan saluran keadilan kepada keluarga mangsa.
Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, berkata keputusan tersebut mungkin tidak dapat menghapuskan kesedihan yang dirasai keluarga mangsa, namun ia memberi kelegaan dan pengiktirafan rasmi terhadap penderitaan mereka.
Rusia bagaimanapun menolak keputusan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak sah dari segi undang-undang.
Akhirnya, segala teka-teki mengenai dalang di sebalik tragedi MH17 kini telah terjawab namun dunia berdepan pilihan sukar sama ada membiarkan keadilan terkubur bersama mangsa, atau bangkit menuntut pertanggungjawaban yang sebenar.
Jangan tunggu peluang datang sendiri dan cipta masa depan anda hari ini. Sertai program HUSTLE24HOUR untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!