Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Kadar tarif purata AS melonjak daripada sekitar 2.5% pada awal 2025 kepada lebih 15% dalam tempoh kurang setahun, secara tidak langsung meletakkannya pada paras tertinggi dalam lebih 80 tahun dan menandakan era perlindungan perdagangan yang berpanjangan.
Penganalisis menjangkakan sedikit perubahan pada 2026, dengan angka sekitar 15% kekal sebagai andaian asas, walaupun terdapat beberapa pengecualian sektor dan kemungkinan cabaran undang-undang di Mahkamah Agung.
Walaupun mahkamah mungkin membatalkan sebahagian kuasa tarif presiden, bank-bank besar menjangkakan kadar semasa akan digantikan dengan mekanisme baharu, sekali gus mengekalkan paras tarif hampir tidak berubah.
Hasil tarif yang mencecah lebih AS$236 bilion pada 2025 mengukuhkan kedudukan dasar tersebut, dengan pentadbiran Trump menegaskan bahawa tarif menyumbang kepada kekayaan dan keselamatan negara.
Sektor perniagaan, 2026 dijangka menjadi tempoh menanggung kesan sebenar tarif, apabila inventori pra-tarif susut dan kos baharu perlu diserap, sekali gus mengubah landskap harga dan rantaian bekalan.



























































